Sunday 27 October 2013

MAWAR JUGA JADI PILIHAN

Banyak-banyak bunga, mawar juga jadi pilihan. Baru berkembang beberapa hari lalu.








Wednesday 23 October 2013

PESTA PENDEK RAMBUT

Bukan main payah hendak memendekkan rambut dia. Kedai gunting langsung tak boleh masuk, habis barang-barang di kedai jadi mainannya. Dan kain penutup badan milik tukang gunting menyebabkan dia rasa nak muntah. Akhirnya begini sajalah yang senang.




Tukang gunting profesional juga. Anak jiran ini memang mahir dalam bab ini. Dan yang penting dia dapat menawan hati si kecil ini.



Akhirnya selesai juga proses memendekkan rambut cucu berusia 3 tahun ini. Lihatlah, betapa gembiranya dia. Dan lihat juga betapa pendeknya rambut dia.


Apa lagi yang dia mahu pun entahlah!

Monday 14 October 2013

KUALA KEDAH

Kuala Kedah dalam kenangan










Sunday 6 October 2013

PERIHAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak memang insan unik. Mereka tidak mengenali sesama mereka tetapi boleh berkawan dan berbual sebagai sahabat lama.


Entah apa yang diperbualkan. Entah apa yang diceritakan.


Bercerita sambil bermain dan berseronok.



Dan sama-sama menjelajah permainan baru pula


Itulah kanak-kanak dan seorang daripadanya adalah cucuku.