Anggur, semua orang kenal anggur. Ada angur hitam, ada anggur merah dan ada juga anggur hijau. Saya juga menanam anggur tetapi anggur hijau. Buahnya kecil dan rasanya masam.
Maam-macam cara nak maniskan anggur itu tetapi semuanya gagal. Ia tetap masam. Ada orang pesan, tabur gula di pangkal pokoknya, itupun tidak berjaya memaniskan anggur ini.
Memang ia keturunan masam agaknya. Tapi tak kisahlah, saya bukannya gemar memakan anggur. Cuma kesian pada anak dan cucu. Mereka suka angur. Akhirnya ia menjadi makanan burung-burung sahaja.
Itulah anggur di rumah saya.
Wednesday, 14 August 2013
Sunday, 11 August 2013
YANG MANA NAMPAK CANTIK ?
Mawar ini adalah mawar dari Thailand yang pernah di beli di Padang Besart beberapa tahun lalu.
Ini adalah mawar biasa yang terdapat di kampung-kampung. Jenis ini akan tumbuh liar di kawasan sejitar rumah.
Anggerik spesis ini telah lama terbiar dan hampir mati. Tetapi apabila diletakkan di tempat terlindung kerana pokoknya hampir mati, ia tumbuh segar kembali dan berbunga pula.
Inilah anggerik desa yang paling mudah dan paling ramah tumbuh dan berbunga. Ada berbagai warna dan bentuk.
Spesis ini dan yang di bawah tidak digemari orang sangat sebab pokoknya kecil dan kurus. Inilah hasilnya.
Yang mana kelihatan lebih cantik?
110813
Saturday, 10 August 2013
BUAH TIMUN TIKUS
Semasa menziarah seorang ahli keluarga pagi tadi, sempat dirakam beberapa foto untuk kenangan. Foto yang hendak dikongsi ini adalah mengenai Buah Timun Tikus. Ia seperti timun biasa tetapi saiznya kecil, lalu diberi nama begitu. Ia kecil dan bulat seperti tikus.
Warnanya hijau seperti biasa tetapi akan bertukar merah apabila telah masak ranum.
Biasanya timun ini dijadikan ulam untuk dimakan bersama sambal belacan. Ia amat berkhasiat bagi menyejukkan badan. Ada juga orang memasaknya bersama sebagai bahan asam pedas.
090813

Monday, 5 August 2013
ALAMANDA: MUDAH TUMBUHNYA, CANTIK BUNGANYA
Alamanda selalunya tidak dipedulikan kecuali dijadikan pokok hiasan di tepi-tepi pagar. Ia merupakan pokok pagar yang tumuh liar dan payah menjaganya.
Jika dibiarkan, ia boleh meliar dan jika tidak dijaga dengan baik, ia melingkar ke merata tempat.
Kita harus rajin memangkas dan menjaga pertumbuhannya dan ranting-rantingnya debersihkan selalu dari tunas yang tidak perlu.
Penggunaan tali amat penting dalam penjagaan alamanda untuk mengikat ranting-rantingnya supaya tidak meliar ke merata tempat.
Bunganya selalu tidak tahan lama. Ia berupaya kembang dalam sehari dua, kemudian akan layu dan gugur mencemarkan halaman dengan sampahnya.
Terdapat berberapa spesis warna bunga alamanda ini. Paling populer ditanam adalah alamanda kuning. Selain itu terdapat juga yang berbunga putih, oren, biru dan putih.
Itulah serba sedikit tentang pokok alamanda penghias halaman ini.
05 Ogos 2013
Wednesday, 31 July 2013
SEKITAR BEBERAPA KUNTUMAN BUNGA DI HALAMAN
Beberapa kuntuman bunga di halaman yang sempat dirakamkan ketika waktu hendak menyiram.
Kuntuman kenanga ini memberi bau yang sangat harum. Dahulu sering orang menyelitkan di sanggul . Tapi sekarang anak gadis sudah tidak berminat lagi dengan bunga malah sanggul juga sudah tiada.
Bunga TYT ini pula tidak berbau tetapi mempunyai sifat unik dan sifat itulah yang memberi nama TYT kepadanya iaitu Today, Yesterday, Tomorrow. Bunga nya akan bertukar menjadi putih sebelum gugur ke tanah.
Bunga mawar ini tidak payah diperkenalkan lagi. Ia sangat populer dengan nama moden, ROS, Walau apapun namanya, baunya sangat menusuk hidung dan sering dijadikan wangi-wangian. Boleh juga direbus bersama gula dan dijadikan sirap.
Bakawali merupakan bunga yang mudah didapati tetapi orang tua-tua tidak suka ia ditanam di halaman, takut mendatangkan nasib malang. Walau apapun pandangan orang, bunga ini amat baik untuk pengubatan mata iaitu mencerahkan penglihatan.
Itulah mengenai beberapa spesis bunga dan setiap satunya ada kelemahan dan kelebihannya sepertimana manusia juga.
Kuntuman kenanga ini memberi bau yang sangat harum. Dahulu sering orang menyelitkan di sanggul . Tapi sekarang anak gadis sudah tidak berminat lagi dengan bunga malah sanggul juga sudah tiada.
Bunga TYT ini pula tidak berbau tetapi mempunyai sifat unik dan sifat itulah yang memberi nama TYT kepadanya iaitu Today, Yesterday, Tomorrow. Bunga nya akan bertukar menjadi putih sebelum gugur ke tanah.
Bunga mawar ini tidak payah diperkenalkan lagi. Ia sangat populer dengan nama moden, ROS, Walau apapun namanya, baunya sangat menusuk hidung dan sering dijadikan wangi-wangian. Boleh juga direbus bersama gula dan dijadikan sirap.
Bakawali merupakan bunga yang mudah didapati tetapi orang tua-tua tidak suka ia ditanam di halaman, takut mendatangkan nasib malang. Walau apapun pandangan orang, bunga ini amat baik untuk pengubatan mata iaitu mencerahkan penglihatan.
Sunday, 28 July 2013
KERIANGAN SEORANG CUCU
Ini cucu yang keempat. Tapi inlah satu-satunya perempuan dan ia sering menjadi tumpuan sesiapa sahaja. Riangnya dia dengan kereta baru yang dipinjam daripada abangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)