Saturday, 25 January 2014

SEBUAH RUMAH LAMA

Ketika berkesempatan menjejakkan kaki di Baling, Kedah, kami berpeluang meninjau ke suatu tempat. inilah kali pertama tiba di sini. Masyarakatnya amat peramah dan menghormati tetamu. Kami dilayan dengan baik walaupun kali pertama bertemu di sebuah kedai makan di pekan kecil Weng Dalam. 

Ketika dalam perjalanan ke sebuah kampung di situ kami sempat melihat sebuah rumah lama yang rasanya tidak berpenghuni. Ia mungkin tidak didiami sesiapa. Mungkin pemiliknya sudah tiada atau telah berpindah.



Cantik rumah ini dengan senibina kayu yang menarik.


  Tangga batu dan kayu yang bersambung sangat unik dan menarik.


Friday, 17 January 2014

KAKTUS: INDAH DAN CANTIK JUGA RUPANYA

Sekali-sekala kita melihat kaktus, hati tertambat juga dengan kecantikannya. Bila ada banyak dan berbagai pula bentuk dan saiznya, kelihatan bertambah menarik.















Saturday, 16 November 2013

ANGGERIK PENGHIAS TAMAN

Hari ini layan anggerik pula. Kadang-kadang menarik juga bunga anggerik sekitar rumah walaupun tiada bau seperti bunga-bunga yang lain. Ia tidak serupa seperti kesidang, kenanga, mawar dan  juga melur.


 Walaupun tiada bau, ia tetap menarik dan menjadi perhatian orang. 




Ada orang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi anggerik. Saya  hanya sekadar suka-suka sahaja dan hanyalah untuk memenuhi halaman.



Dua yang di bawah ini adalah dari taman rumah jiran terdekat di sini.

Sunday, 3 November 2013

SUATU SENJA DARI JENDELA BELAKANG

Suatu senja, ketika mahu menutup pintu dan tingkap di bahagian belakang rumah, nampak pemandangan sangat indah. Lalu dirakamkan untuk kenangan dan juga tentunya untuk tatapan sesiapa sahaja yang berminat dengan alam dan Penciptanya.


 Nampak seperti sebuah tasik, tapi sebenarnya sawah padi yang dipenuhi air selepas hujan lebat.







Sawah padi saujana mata memandang.

Sunday, 27 October 2013

MAWAR JUGA JADI PILIHAN

Banyak-banyak bunga, mawar juga jadi pilihan. Baru berkembang beberapa hari lalu.








Wednesday, 23 October 2013

PESTA PENDEK RAMBUT

Bukan main payah hendak memendekkan rambut dia. Kedai gunting langsung tak boleh masuk, habis barang-barang di kedai jadi mainannya. Dan kain penutup badan milik tukang gunting menyebabkan dia rasa nak muntah. Akhirnya begini sajalah yang senang.




Tukang gunting profesional juga. Anak jiran ini memang mahir dalam bab ini. Dan yang penting dia dapat menawan hati si kecil ini.



Akhirnya selesai juga proses memendekkan rambut cucu berusia 3 tahun ini. Lihatlah, betapa gembiranya dia. Dan lihat juga betapa pendeknya rambut dia.


Apa lagi yang dia mahu pun entahlah!