Bunga Kesidang dipanggil juga dengan nama Bunga Kerak Nasi. mungkin sebab warna putihnya dan kembangnya seperti kembang dan melekat beras ketika kering menjadi kerak nasi.
Aapapun namanya, ia sejenis bunga yang beraruma tinggi. Ia harum semerbak dan sering dipakai di sanggul oleh wanita dahulu. Ia juga digunakan untuk bunga rampai dan dalam penghasilan pewangi.
Hanya ini yang sempat dirakamkan di halaman rumah petang semalam.
Sunday, 13 April 2014
Sunday, 30 March 2014
DURIAN SUDAH BERBUNGA
Hanya ini yang sempat dirakam di kebun durian petang semalam. Durian baru berbunga dan mula berkembang. lama-lama tinggal satu dua saja yang akan menjadi buah.
Nanti apabila berbuah dan gugur, silalah datang bertandang. Kita menjamu selera di bawah pokoknya.
Nanti apabila berbuah dan gugur, silalah datang bertandang. Kita menjamu selera di bawah pokoknya.
Friday, 14 March 2014
SUATU SENJA DARI BELAKANG RUMAH
Sekarang musim kemarau dan kering. Sibuk sangat melayan pokok-pokok bunga dan tanaman yang lain di hadapan rumah, tidak sempat melihat suasana petang dan senja di belakang rumah.
Beberapa hari lalu sempat melihat mentari melabuhkan tirai di kala senja menjelang. Indah sangat.
Hari ini, senja ini barulah sempat merakamkan keindahan itu.
Dan akhirnya matahari tenggelam. Malam pun tiba mengambil gilirannya dalam kitaran waktu.
Monday, 17 February 2014
TONGKENG: BUNGA YANG DILUPAKAN
Bunga tongkeng tidak pernah dipedulikan. Mungkin kerana ia tidak menarik atau jarang didapati. Orang jarang memberi perhatian, pokoknya menjalar liar dan menyebabkan halaman jadi tidak keruan.
Selalunya pokok tongkeng menjalar membelit di pokok yang lain dan bunganya akan keluar di mana-mana sahaja sepanjang jalaran pokoknya.
Bunga ini akan menjadi kuning dan beberapa hari ia gugur begitu sahaja jika tidak dipetik dan dimanfaatkan.
Biasanya bunga tongkeng dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan sesudah dicelur dengan air panas supaya aia lembut.
Jika bernasib baik, bunganya akan menjadi buah. Bijinya boleh digunakan untuk percambahan.

Kadang-kadang sesudah dicelur dengan air panas, boleh juga dibuat kerabu dengan beberapa bahan yang lain dan ia sedap daan lazat.
Jika bernasib baik, bunganya akan menjadi buah. Bijinya boleh digunakan untuk percambahan.
Saturday, 15 February 2014
SUATU PETANG DI PANTAI MURNI
Suatu petang aku bawa cucu ke Pantai Murni. Dia bermain-main dan aku sempat melihat keindahan laut dan pulau-pulau di situ.
Itulah keindahan Pantai Murni di waktu senja.
Saturday, 25 January 2014
SEBUAH RUMAH LAMA
Ketika berkesempatan menjejakkan kaki di Baling, Kedah, kami berpeluang meninjau ke suatu tempat. inilah kali pertama tiba di sini. Masyarakatnya amat peramah dan menghormati tetamu. Kami dilayan dengan baik walaupun kali pertama bertemu di sebuah kedai makan di pekan kecil Weng Dalam.
Ketika dalam perjalanan ke sebuah kampung di situ kami sempat melihat sebuah rumah lama yang rasanya tidak berpenghuni. Ia mungkin tidak didiami sesiapa. Mungkin pemiliknya sudah tiada atau telah berpindah.
Cantik rumah ini dengan senibina kayu yang menarik.
Tangga batu dan kayu yang bersambung sangat unik dan menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)