Di sudut mana harus dimulakan?
Bayam di belakang rumah tumbuh subur dan sudah beberapa kali dipotong untuk makanan sekeluarga. Sayur manis bayam tentulah sedap dan enak. Bayam adalah sayur yang banyak zat dan vitamin.
Cekur untuk dibuat ulam juga begitu segar dan sedang elok dimakan. Tanam dalam baldi lama yang telah rosak sahaja. Tak ada pasu.
Buluh Madu di luar pagar hadapan rumah sudah boleh dinikmati hasilnya. Cukuplah untuk satu famili kami memakannya sekali sekala. Ia sedap dimasak bersama bayam sebagai sayur. Boleh juga dibuat ulam.
Pokok yang paling mudah ditanam, tidak payah tanah dan tidak perlukan pasu. Gantung sahaja tapi kenalah rajin siram. Kalau boleh dengan air basuhan beras semasa menanak nasi.
Bunga tongkeng rajin benar berbunga akhir-akhir ini. Tanam pun lebih kurang sahaja dan dibiar menjalar bersama sirih dan anggur di batang belimbing yang telah mati. Sesekali lihat, cantik juga bunganya.
Kelapa di hadapan rumah ini begitu lebat buahnya tapi tidak pernah berlama di pokok. Oleh sebab pokok kelapa ini rendah sahaja, selalu buah kelapa muda ini menjadi mangsa anak-anak dan jiran untuk meminum airnya. Benihnya diperolehi dari Tanjung Malim ketika isteri berada di sana.
Bunga kertas sering gugur di halaman. Kadang-kadang tidak sempat membersihkannya. Sebaik sahaja disapu, toleh belakang, ada lagi yang gugur.
Bunga insang keli ini jarang berbunga tapi apabila telah berbunga, lambat pula layunya.
Bunga dahlia ini baru saja berbunga kembali setelah merajuk sekian lama. Mungkin kurang bajanya. Nanti senang-senang, kita bajakan sedikit.
Alamanda ini amat rajin mengeluarkan bunga. Benihnya isteri perolehi dari temannya di tempat kerja. Ia ditanam hampir dengan pokok tongkeng dan kebanyakan batangnya telah dililit dengan tongkeng. Di situ jugalah terdapat pokok sirih dan sepit udang.
Air terjun mini ciptaan sendiri ini diletak di sudut berhampiran pintu masuk rumah. Isteri bersama anak-anak mencipta rekabentuk air terjun ini dengan menggunakan pengisar beras lama dan sebuah tempayan kecil. Lama-lama pandang, menarik juga.
Pokok susun kepala ini sudah lama tidak berbunga. Agaknya kurang penjagaan atau kurang baja. Kali ini baru hendak mula berbunga semula. Bunga ini harum juga.
Dahlia ini baru mengeluarkan bunga, belum kembang lagi buat masa ini. Bunga dahlia tahan untuk bebrapa hari apabila kembang.
7 comments:
Salam dan selamat pagi....
Rajin sungguh tuan berbudi pada tanah ye. Paling menarik perhatian ialah bunga insang keli. Pernah melihatnya di rumah kakak ipar di Pekan tapi baru kini tahu namanya...unik pulak tu.
Selain warnanya yg terang, bentuk bunganya yg berjarum lain dari yang lain.
Banyak nye jenis bunga tapi tak penah dengar dan lihat bunga susun kelapa, wangi ke? Maaf saye ni baru nak mengenal nama2 pokok walaupun dah lama meminati nye..
Maaf komen mula2 td terpadam.
Puan berdua,
Insang keli itu saya dapat dari seorang pelajar dari Sabah yang kebetulan menjadi anak angkat di sini.
Bunga putih itu bukan 'bunga susun kelapa' tetapi 'bunga susun kepala'. Ia biasa digunakan oleh kaum India utntuk dikarang sebagai kalungan bunga semasa sesuatu upacara Hindu.
Apapun, terimakasih kerana kesudian puan berdua membuat lawatan ke halaman saya.
Haha..kelapa dan kepala..tersasul tu!
rumah kat tepi sawah ke? best nyeerrr .. niat di hati mmg nak punya rumah cam ni .. tepi sawah..jauh dari kesibukan kota .. dipenuhi pokok2 hijau dan harum .. ada kolam ikan koi .. gantung hammock kat pokok yg merendang ..
waaa .. :)
pokok2 yg ditanam subur dan menjadik .. tangan sejukkk ..
Pokok bunga tongkeng byk kat kg saya masa kecik2 dulu...skrg ssh nak jumpa...kat mana blh dpt benihnya ye
Post a Comment