Monday, 26 July 2010

MANA SATU PILIHAN ANDA?

Kali ini kita ubah minda kita dari melihat keindahan bunga-bunga kepada selera makan kita. Yang mana satu pilihan atau kegemaran anda?

Ini minuman jus yang lazat. Ditempah khas dari kedai makan yang populer di Sungai Petani. Berhampiran Lagenda Height ada restoran India dinamakan Chennai.



Nasi Beriyani dari Chennai ini amat lazat dan sentiasa panas di dalam periuk tanah ini.



Peria goreng ini tidak dapat ditemui di tempat lain selain di Chennai.



Buah-buahan campur untuk cuci mulut selepas makan. Tapi bila yang ini dihantar awal sebelum makanan lain, buah-buahan ini yang habis dahulu.



Ais Kacang atau Air Batu Campur atau ABC ini dipesan dari gerai makan di Padang Besar Perlis.
Lazat dan murah harganya.



Ini hidangan yang istimewa dan tiada di tempat lain. Inilah Pulut Durian, disediakan dengan santan yang sungguh wangi. hareganya agak tinggi tetapi kelazatannya sangat berbaloi.








No comments: