Sudah beberapa hari tidak ke kebun di kaki Gunung Jerai. Hujan membantutkan kerja-kerja membersihkan tanah sekangkang kera itu. Hari ini bila tiba di kebun, terpandang pula anggerik hutan yang melekat di batang durian sejak bertahun-tahun. Dari sedikit telah menjadi banyak, dari rendah sudah pun tinggi mengikut ketinggian durian tersebut.
Dari jauh nampak bunganya berjurai turun dengan banyaknya. Cantik juga bila setiap tahun ia berbunga. Tapi bunganya tidak tahan lama.Warna bunga naggerik ini kuning kemerah-merahan. Ia berjurai panjang mempunyai berbelas kelopak setiap tangkai dan serangga hutan amat gemar memakan kelopaknya yang lembut.
Warnanya yang lembut dan harmoni itu memberi satu keindahan pada bunganya.
Jangan pandang pada yang lain, lihat bunganya sahaja. Tapi bila sudah melihat serangga itu, baik diceritakan sedikit tentangnya.
(Serangga ini sentiasa bertukar warna badannya mengikut warna tempat ia bertenggek)
Bunga naggerik hutan ini hanyalah tahan untuk beberapa hari sahaja, tidak seperti anggerik yang lain.
3 comments:
Untunglah tuan cymbidium finlay subur di tempat semulajadi. Segar bugar nampaknya. Tak de orkid lain yang tumbuh melata kat situ ke Tuan?
Terima kasih bebanyak.
Hari ini baru saya tahu nama anggerik ini. Sebenarnya saya gemar sekali mengumpul foto-foto yang menarik.
Geramnya tengok orkid ni, ia adalah pokok asal dan bukan hibrid an senang tumbuh dibatang pokok . nice picture brother
Post a Comment