Wednesday, 6 July 2016

BUNGA NAGA

Bunga pokok naga. Cantik bila ia berkembang. Buahnya merah, isi sedap bukan kepalang. Boleh dibuat jus minuman yang lazat penghilang dahaga.





Wednesday, 29 July 2015

RONDA-RONDA DI SEKITAR BANDAR AGUNG

Bandar suci Mekah begitu indah dan menarik. Dua minggu terasa sangat singkat waktu. Nanti entah bila akan datang lagi.








Wednesday, 22 July 2015

MASJID NABAWI MADINAH

 Masjid Nabawi, Madinah di waktu malam. Kesempatan berada di kota suci itu aku rakamkan keindahan dan kedamaian suasana di sekitar masjid bersejarah itu.







Tuesday, 19 May 2015

TANJUNG JAGA: DESTINASI YANG TIDAK DIPEDULIKAN

Inilah Tanjung Jaga, sebuah penempatan di daerah Yan, Kedah. Tiada pengunjung di sini tetapi ia tetap berdiri sebagai tempat rekreasi yang indah terutama pada waktu air pasang.






Friday, 10 April 2015

MENTARI DI BELAKANG RUMAH

Suatu senja dari pintu belakang rumahku. setiap petang aku melihat mentari yang sama tetapi di tempat yang berbeza. Mungkin putaran alam menyebabkan mentari tidak pada kedudukan yang tetap.








Tuesday, 23 December 2014

KUALA BAKONG YANG INDAH

Kuala Bakong, Yan, Kedah yang tidak pernah dikunjung orang.


Sunyinya kuala sungai ini, tiada perahu tiada nelayan yang turun ke laut.


Kelihatan pulau Bunting berbalam dan samar.


Pulau Telur jauh di tengah, berhampiran Pulau Bidan dan pulau Songsong. 




Pulau Songsong, Pulau Telur dan Pulau  Bidan berbalam kelihatan sayup di hujung laut.