Wednesday 31 July 2013

SEKITAR BEBERAPA KUNTUMAN BUNGA DI HALAMAN

Beberapa kuntuman bunga  di halaman yang sempat dirakamkan ketika waktu hendak menyiram.

Kuntuman kenanga ini memberi bau yang sangat harum. Dahulu sering orang menyelitkan di sanggul . Tapi sekarang anak gadis sudah tidak berminat lagi dengan bunga malah sanggul juga sudah tiada.



Bunga TYT ini pula tidak berbau tetapi mempunyai sifat unik dan sifat itulah yang memberi nama TYT kepadanya iaitu Today, Yesterday, Tomorrow. Bunga nya akan bertukar menjadi putih sebelum gugur ke tanah.


  Bunga mawar ini tidak payah diperkenalkan lagi. Ia sangat populer dengan nama moden, ROS, Walau apapun namanya, baunya sangat menusuk hidung dan sering dijadikan wangi-wangian. Boleh juga direbus bersama gula dan dijadikan sirap.



Bakawali merupakan bunga yang mudah didapati tetapi orang tua-tua tidak suka ia ditanam di halaman, takut mendatangkan nasib malang. Walau apapun pandangan orang, bunga ini amat baik untuk pengubatan mata iaitu mencerahkan penglihatan.




Itulah mengenai beberapa spesis bunga dan setiap satunya ada kelemahan dan kelebihannya sepertimana manusia juga.


Sunday 28 July 2013

KERIANGAN SEORANG CUCU

Ini cucu yang keempat. Tapi inlah satu-satunya perempuan dan ia sering menjadi tumpuan sesiapa sahaja. Riangnya dia dengan kereta baru yang dipinjam daripada abangnya.










Friday 26 July 2013

YANG SEDANG KEMBANG DI HALAMAN

Hari ini ada mawar kembang di taman dan sempat diabadikan dalam album kenangan.














- 25 julai 2013

Thursday 25 July 2013

INDAHNYA JIKA BERDUA

Kelihatan begitu cantik dan menarik bila ada sepasang.
Tidak kira apa jenisnya dan apa spesisnya.









Sunday 21 July 2013

JEREBU

Suatu petang ketika jerebu melanda negara, Gunung Jerai hilang separuh dari pandangan mata.






Sunday 14 July 2013

SENJA DI BELAKANG RUMAH

Setiap senja yang baik cuacanya, inilah yang dapat dilihat.