Saturday 16 November 2013

ANGGERIK PENGHIAS TAMAN

Hari ini layan anggerik pula. Kadang-kadang menarik juga bunga anggerik sekitar rumah walaupun tiada bau seperti bunga-bunga yang lain. Ia tidak serupa seperti kesidang, kenanga, mawar dan  juga melur.


 Walaupun tiada bau, ia tetap menarik dan menjadi perhatian orang. 




Ada orang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi anggerik. Saya  hanya sekadar suka-suka sahaja dan hanyalah untuk memenuhi halaman.



Dua yang di bawah ini adalah dari taman rumah jiran terdekat di sini.

Sunday 3 November 2013

SUATU SENJA DARI JENDELA BELAKANG

Suatu senja, ketika mahu menutup pintu dan tingkap di bahagian belakang rumah, nampak pemandangan sangat indah. Lalu dirakamkan untuk kenangan dan juga tentunya untuk tatapan sesiapa sahaja yang berminat dengan alam dan Penciptanya.


 Nampak seperti sebuah tasik, tapi sebenarnya sawah padi yang dipenuhi air selepas hujan lebat.







Sawah padi saujana mata memandang.

Sunday 27 October 2013

MAWAR JUGA JADI PILIHAN

Banyak-banyak bunga, mawar juga jadi pilihan. Baru berkembang beberapa hari lalu.








Wednesday 23 October 2013

PESTA PENDEK RAMBUT

Bukan main payah hendak memendekkan rambut dia. Kedai gunting langsung tak boleh masuk, habis barang-barang di kedai jadi mainannya. Dan kain penutup badan milik tukang gunting menyebabkan dia rasa nak muntah. Akhirnya begini sajalah yang senang.




Tukang gunting profesional juga. Anak jiran ini memang mahir dalam bab ini. Dan yang penting dia dapat menawan hati si kecil ini.



Akhirnya selesai juga proses memendekkan rambut cucu berusia 3 tahun ini. Lihatlah, betapa gembiranya dia. Dan lihat juga betapa pendeknya rambut dia.


Apa lagi yang dia mahu pun entahlah!

Monday 14 October 2013

KUALA KEDAH

Kuala Kedah dalam kenangan










Sunday 6 October 2013

PERIHAL KANAK-KANAK

Kanak-kanak memang insan unik. Mereka tidak mengenali sesama mereka tetapi boleh berkawan dan berbual sebagai sahabat lama.


Entah apa yang diperbualkan. Entah apa yang diceritakan.


Bercerita sambil bermain dan berseronok.



Dan sama-sama menjelajah permainan baru pula


Itulah kanak-kanak dan seorang daripadanya adalah cucuku.

Tuesday 17 September 2013

PANTAI TERENGGANU

Hujung minggu lalu aku berpeluang ke kuala Terengganu atas urusan keluarga. Dan dalam perjalanan pulang sempat merakamkan keindahan pantai yang panjang dan cantik. Suasana cukup tenang, tiada orang kerana waktu tentgahari.








Dan aku tidak tahu nama pantaianya.

Saturday 24 August 2013

PETANG YANG TENANG 1

Suatu petang di daerah sepi ini


Pulau Bunting nampak berbalam dalam samar petang.


Pulau Sonsong nampak jauh. Tempat nelayan mencari rezeki di pagi hari, petang begini pulangnya membawa hasil


Pulau Bidan dan Pulau Telur yang berhampiran, tempat nelayan singgah berehat selepas menjaring ikan.


Pulau Bunting semakin samar

Friday 16 August 2013

BERDUA KELIHATAN LEBIH MESRA (2)

Setiap perkara akan lebih baik dan lebih utuh jika dilihat berdua.


Bakawali


 Ros



 Mawar




 Kenanga



 Jasmin


Lihat sendiri, betapa akrabnya jika berdua. Lebih menarik daripada bersendirian!

16.08.13