Tuesday 30 September 2014

MARKISA: BUAH YANG LAZAT

Markisa dipanggil juga buah susu di sesetengah tempat. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau lebih lazat dibuat minuman. Minuman markisa ada khasiatnya yang tersendiri.




Pokok markisa ini ditanam hanyalah sebagai hiasan halaman rumah pada mulanya. Ia adalah jenis menjalar dan telah menjalar ke merata tempat di kawsan hadapan rumah. Hendak dibuang terasa sayang.




Akhirnya ia berbunga dan mengeluarkan buah. Terasa sayang pula dan dan teringin nak merasa kelazatannya satu hari nanti. Sekarang hanya menunggu ia masak sahaja. 







Saturday 20 September 2014

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

Walaupun sudah lewat dan sudah melepasi Hari kebangsaan, biarlah kita melihat juga bunga raya ini. Ia tidak sama dengan bunga-bunga raya yang pernah kita lihat. Walaupun dari spesis yang sama, bentuknya lain sedikit. Ia ada bunga di dalam bunga.






Friday 19 September 2014

BUNGA LOCENG 2

Masih juga dengan bunga loceng. Hari ini ia sudah mula mekar berkembang. Senang hati bukan kepalang. Melihatnya hati jadi tenang.







Thursday 18 September 2014

BUNGA LOCENG

Kata jiran-jiran ini bunga loceng. Dah lama menanamnya tetapi baru pertama kali menguntum bunganya. Entah loceng entahkan tidak. Nanti bila kuntuman ini berkembang mekar, kita lihat bagaimana bentuk locengnya. Lihatlah dulu kudup bunganya yang baru keluar.








Minggu hadapan tentu ia sudah mekar dan berkembang. Insyaallah!

Wednesday 17 September 2014

INDAHNYA MARKISA

Bunga markisa dan bunga seri pagar sebelum ini hampir serupa, cuma berbeza warnanya di bahagian tengah bunga. Sejenis bunga lagi yang srrupa markisa iaitu bunga pokok letup yang pucuknya boleh dibuat ulam.






Friday 12 September 2014

BUNGA SERI PAGAR

Tumbuh liar menjalar di pagar, tetapi bunganya nampak cantik. Bunga ini seakan-akan bunga letup dan bunga markisa. Mungkin dari satu famili.