Sunday 30 May 2010

KOLEKSI BUNGA UNGU



(Urang-aring)



(Terung bulat)




(Ulam raja)



(Bongor)


(Bongor)


(Senduduk)


(Senduduk)

Tuesday 25 May 2010

BUNGA YANG JARANG DIDAPATI PADA MASA KINI

Bunga merah ini dikenali sebagai 'bunga insang keli'. Mungkin kerana bentuk dan strukturnya yang berpanca begitu, nama insang keli sesuai dengannya. Bunga ini banyak didapati di negeri Sabah.






Berikut adalah bunga gandasuli. Bunga ini jarang didapati di kampung-kampung kecuali yang berhampiran bukit dan hutan. Bunga gandasuli adalah sejenis herba yang berbau wangi. Bunga itu boleh dimakan.







Bunga kenanga di bawah ini jarang kelihatan buat masa ini. Tidak ramai orang menanam dan mengambil berat tentangnya. Ia kini berada dalam kumpulan bunga nadir iaitu bunga yang hampir pupus.



Bunga kenanga adalah tergolong sebagai bunga yang harum. Baunya sangat enak dan harum.








Di bawah ini pula ialah bunga kesidang atau di setengah tempat dipanggil bunga kerak nasi. Keharuman bunga kesidang tidak siapa dapat nafikan. Baunya dapat dihidu sejauh 5 atau 6 meter.










BUNGA TERATAI DAN TELIPOK

Bunga teratai ini biasanya tumbuh di tempat berair seperti paya dan kolam. Boleh juga ditanam dalam pasu tetapi hendaklah diisi air. Daun dan batangnya akan tegak di atas tanah manakala bunganya kembang di atas air.


(Teratai yang belum kembang)


(Teratai yang kembang)



(Bahagian tengahnya akan menjadi buah dan mengeluarkan biji)



Ini juga spesis teratai yang dipanggil 'telipok'. Ia juga tumbuh di tempat berair dan daunnya terhampar di permukaan air manakala bunganya kembang di permukaan air itu juga.

(Bunga telipok dari dekat. Foto ini diambil di Tasik Darulaman, Jitra)

Saturday 22 May 2010

BUNGA-BUNGA YANG TIDAK DIPEDULIKAN (2)

Bunga-bunga yang ditunjukkan di bawah ini adalah jenis bunga yang tidak pernah diperhatikan orang. Mungkin kerana namanya yang tidak komersial ataupun jenis pokok yang tidak digemari, lalu orang tidak pedulikan kewujudannya.





(Dua foto ini adalah bunga pokok kapal terbang yang sentiasa didapati tumbuh liar di semak-semak dan selalunya dibuang begitu sahaja sebagai rumpai)



(Ini pula adalah bunga dari pokok letup yang selalu dilihat memanjat di pagar-pagar rumah. Jika pokok ini dibiarkan, ia boleh menutup seluruh pagar tersebut)




(Ini pula foto menunjukkan buah letup. Boleh dimakan buah ini tetapi tidak enak)

(pokok letup selalunya dibuang begitu sahaja sebagai rumpai kerana ia menyemakkan halaman. Tetapi pucuk, bunga dan buah ini boleh dimakan sebagai ulam dengan merebusnya terlebih dahulu)

KOLEKSI ANGGERIK (2)

Beberapa spesis anggerik lagi dalam koleksi kedua ini. Kebanyakan bunga anggerik yang dipaparkan diambil dari koleksi di rumah dan di kejiranan kami.












Ini adalah cubaan memaparkan kemahiran fotografi yang tidak mungkin menonjol. Namun kerana meminati, diteruskan juga walaupun tidak memberangsangkan.


Friday 21 May 2010

KOLEKSI ANGGERIK 1

Ini sebahagian koleksi anggerik yang sejuk mata memandang. Memelihara anggerik tidaklah terlalu sukar, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi.


Berjinak-jinaklah dengan anggerik. Kadang-kadang anggeriik memberi pulangan lumayan.







PERNAH MELIHAT BUNGA-BUNGA INI?


(Bunga Tulasi)

Pernah tengok bunga ini. Pokoknya kecil sahaja tetapi bunganya besar pula. Selalu dijadikan pokok hiasan tetapi tidak dipedulikan sangat kerana saiznya yangbegitu. Tetapi apabila berbunga macam ini, terasa sayang pula diabaikan. Inilah bunga Tulasi.


(Bunga Kupu-kupu)

Bunga ini unik sedikit kerana pokoknya juga unik. Bunga Kupu-kupu diberi nama sebab pokoknya adalah pokok kupu-kupu. Jika dilihat dari jauh, daun pokok ini seperti rama-rama sedang terbang. Lebih cantik lagi apabila ditiup angin, daunnya bergoyang seperti rama-rama. Bunga kupu-kupu kecil sahaja saiznya.



Ini pula adalah Bunga Kemelin yang memang tidak pernah dipedulikan dan orang pun tidak suka membiakkan pokok ini. Ia biasa tumbuh liar terapung di permukaan air di paya-paya dan tasik. Di sawah yang tidak dijaga dengan baik juga biasa tersebar pokok ini. Pokok ini tidak memerlukan tanah untuk hidup.


(Bunga Kemelin)

Salah satu keburukan pokok ini ialah sukar hendak dihapuskan. Jika dibiarkan, lama kelamaan akan menjejaskan tumbuhan lain seperti padi dan sebagainya. Dah ia baik untuk hidupan dalam air.


(Bunga Rumpai)

Pokok rumpai ini adalah satu lagi pokok yang biasanya tidak dibiarkan hidup. Ia biasanya dibuang sebagai rumpai tanaman yang lain. Namun begitu, lihatlah bunganya, walaupun kecil ia kelihatan cantik dan menarik.

Thursday 20 May 2010

BUNGA-BUNGA YANG TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN

Bunga-bunga ini tidak siapa pernah ambil tahu dan tidak ada siapa yang pedulikan. Selain ianya sangat kecil, pokoknya juga tidak menjadi pokok hiasan yang populer. Jadi bunganya dibiarkan begitu sahaja yang akhirnya layu dan gugur sebagai sampah.



Yang di atas dan di bawah ini adalah bunga jeliti. Kalau didekati, bau harumnya boleh menawan dan mempesonakan.




Yang di atas dan di bawah ini pula ialah bunga terung. Orang tidak pedulikan bunga yang dihasilkan pokok terung tetapi buah terung sangar digemari untuk dibuat kari atau ulaman walaupun ia memberi kesan kepada sengal-sengal urat selepas memakannya.






Yang di atas dan di bawah ini ialah bunga kacang gila yang tumbuh liar di semak-semak. Pokok dan bunga ini memang tidak dipedulikan langsung. Samada bunga, daun dan buahnya, siapa pun tidak sudi memetiknya. Biasanya pokok ini dibuang sebagai rumpai sahaja.kerana ia dilihat menyemakkan halaman.

Banyak lagi jenis bunga yang tidak dipedulikan seperti ini. Akan dipaparkan nanti.