Saturday 16 November 2013

ANGGERIK PENGHIAS TAMAN

Hari ini layan anggerik pula. Kadang-kadang menarik juga bunga anggerik sekitar rumah walaupun tiada bau seperti bunga-bunga yang lain. Ia tidak serupa seperti kesidang, kenanga, mawar dan  juga melur.


 Walaupun tiada bau, ia tetap menarik dan menjadi perhatian orang. 




Ada orang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi anggerik. Saya  hanya sekadar suka-suka sahaja dan hanyalah untuk memenuhi halaman.



Dua yang di bawah ini adalah dari taman rumah jiran terdekat di sini.

Sunday 3 November 2013

SUATU SENJA DARI JENDELA BELAKANG

Suatu senja, ketika mahu menutup pintu dan tingkap di bahagian belakang rumah, nampak pemandangan sangat indah. Lalu dirakamkan untuk kenangan dan juga tentunya untuk tatapan sesiapa sahaja yang berminat dengan alam dan Penciptanya.


 Nampak seperti sebuah tasik, tapi sebenarnya sawah padi yang dipenuhi air selepas hujan lebat.







Sawah padi saujana mata memandang.