Saturday 4 October 2014

KACANG TELANG: BUNGA YANG BANYAK KEGUNAANNYA

Bunga Kacang Telang


Bunga ini selalu digunakan orang Melayu untuk memantis kening bayi supaya kening lebat dan hitam.


Biasa juga digunakan untuk mewarnakan nasi lemak dari putih menjadi biru dengan cara merebuskannya bersama beras ketika memasak nasi. Ada juga yang meletakkannya bersama daynan lain untuk nasi kerabu.


Pokok kacang telang ini boleh dibiakkan melalui semaian biji yang terdapat di dalam kekacangnya.


Apapun, pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan tetapi penjagannya haruslah rapi kerana ia adalah pokok menjalar dan mudah membiak.