Saturday 30 August 2014

SUATU PETANG YANG KELABU

Tanya sama langit, apa sebab hujan.


nanti jawab langit, tanyalah awan


Nanti jawab awan, aku kandung air


sampai tempat sejuk, akupun cair


Lalu hujan rintik membasahi bumi dengan angin kencang sekali.



Begitulah suatu petang di belakang rumah kami yang sempat dirakamkan. Angin bertiup kencang dan dalam masa yang singkat sahaja ia membawa awan hitam pergi.

Friday 22 August 2014

ANGGERIK HUTAN: UNIK DAN MENARIK

Baru saja kembang dan menghias halaman. unik dan menarik. Dari jauh nampak cantik.






Wednesday 13 August 2014

SENDUDUK UNGU: HIASAN DARI DESA

Bunga senduduk ungu kurang diminati kerana kedudukannya tersisih di dalam belukar sahaja. Orang lebih cenderung meminati senduduk putih, kononnya kerana berkhasiat selain dari nampak putih bersih.


 Namun senduduk ungu ini tidak kurang mernariknya jika dipelihara dengan baik.


Buahnya boleh dimakan, sedap rasanya. Cuma ia meningalkan sedikit kehitaman dibibir selepas memakannya.




Apapun, senduduk boleh dikomersilkan sebagai tumbuhan hiasan dan boleh diletakkan sebaris dengan pokok hiasan yang lain.