Tanya sama langit, apa sebab hujan.
nanti jawab langit, tanyalah awan
Nanti jawab awan, aku kandung air
sampai tempat sejuk, akupun cair
Lalu hujan rintik membasahi bumi dengan angin kencang sekali.
Begitulah suatu petang di belakang rumah kami yang sempat dirakamkan. Angin bertiup kencang dan dalam masa yang singkat sahaja ia membawa awan hitam pergi.