Walaupun sudah lewat dan sudah melepasi Hari kebangsaan, biarlah kita melihat juga bunga raya ini. Ia tidak sama dengan bunga-bunga raya yang pernah kita lihat. Walaupun dari spesis yang sama, bentuknya lain sedikit. Ia ada bunga di dalam bunga.
Saturday, 20 September 2014
Friday, 19 September 2014
BUNGA LOCENG 2
Masih juga dengan bunga loceng. Hari ini ia sudah mula mekar berkembang. Senang hati bukan kepalang. Melihatnya hati jadi tenang.
Thursday, 18 September 2014
BUNGA LOCENG
Kata jiran-jiran ini bunga loceng. Dah lama menanamnya tetapi baru pertama kali menguntum bunganya. Entah loceng entahkan tidak. Nanti bila kuntuman ini berkembang mekar, kita lihat bagaimana bentuk locengnya. Lihatlah dulu kudup bunganya yang baru keluar.
Minggu hadapan tentu ia sudah mekar dan berkembang. Insyaallah!
Wednesday, 17 September 2014
INDAHNYA MARKISA
Bunga markisa dan bunga seri pagar sebelum ini hampir serupa, cuma berbeza warnanya di bahagian tengah bunga. Sejenis bunga lagi yang srrupa markisa iaitu bunga pokok letup yang pucuknya boleh dibuat ulam.
Friday, 12 September 2014
BUNGA SERI PAGAR
Tumbuh liar menjalar di pagar, tetapi bunganya nampak cantik. Bunga ini seakan-akan bunga letup dan bunga markisa. Mungkin dari satu famili.
Saturday, 30 August 2014
SUATU PETANG YANG KELABU
Tanya sama langit, apa sebab hujan.
nanti jawab langit, tanyalah awan
Nanti jawab awan, aku kandung air
sampai tempat sejuk, akupun cair
Lalu hujan rintik membasahi bumi dengan angin kencang sekali.
Begitulah suatu petang di belakang rumah kami yang sempat dirakamkan. Angin bertiup kencang dan dalam masa yang singkat sahaja ia membawa awan hitam pergi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















