Wednesday, 4 August 2010

PERJALANAN PENUH KERIANGAN

Hari ini dipaparkan satu perjalanan yangpenuh keriangan bagi kami sekeluarga. Padang Besar, Perlia menjadi destinasi membeli-belah sempena puasa yang menjelang tiba. Cuaca tenang menyambut kami di perjalanan lebih kurang satu setengah jam dari rumah.

Melalui pemandangan indah di kawasan ladang tebu Chuping sudah memberi satu pengalaman yang cukup bermakna buat anak-anak yang cukup rapat bersaudara. Suasana damai dengan pemandangan menarik memberi impak yang amat bermakna kepada mereka.

Dan aku, tumpang gembira!




Berbalam bukit dari jauh memberi satu lanskap semulajadi yang menyamankan.

Dua bukit ini seolah-olah mercu tanda kawasan Chuping ini yang merupakan satu kawasan yang paling panas di negara ini dari segi geografi.


Pos pengawal UPP ini mesti dilalui jika ke Padang Besar. Bukan ada yang menggerunkan jika kita memang membawa barang-barang yang dibenarkan.

Hijau terbentang tebu-tebu yang baru tumbuh. Saujana mata memandang.


Ada juga pokok tebu yang sudah besar tetapi belum cukup matang untuk dipotong.



Pemandangan di satu kawasan hentian rehat. Ada surau di sini dan ada pula satu tempat rehat untuk menyuaksikan keindahan Chuping ini disediakan.


Berbalam di hadapan sana adalah banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Tanah Melayu ini.



Tasik semulajadi yang kelihatan itu walaupun kecil, ia memberi satu pemandangan yang berlainan.


Jajaran tebu yang baru tumbuh. Apabila telah matang nanti, tebu ini dipotong dan di bawa ke kilang pemprosesan gula yang berdekatan.



Indahnya Chuping Perlis.



No comments: