Wednesday, 31 July 2013

SEKITAR BEBERAPA KUNTUMAN BUNGA DI HALAMAN

Beberapa kuntuman bunga  di halaman yang sempat dirakamkan ketika waktu hendak menyiram.

Kuntuman kenanga ini memberi bau yang sangat harum. Dahulu sering orang menyelitkan di sanggul . Tapi sekarang anak gadis sudah tidak berminat lagi dengan bunga malah sanggul juga sudah tiada.



Bunga TYT ini pula tidak berbau tetapi mempunyai sifat unik dan sifat itulah yang memberi nama TYT kepadanya iaitu Today, Yesterday, Tomorrow. Bunga nya akan bertukar menjadi putih sebelum gugur ke tanah.


  Bunga mawar ini tidak payah diperkenalkan lagi. Ia sangat populer dengan nama moden, ROS, Walau apapun namanya, baunya sangat menusuk hidung dan sering dijadikan wangi-wangian. Boleh juga direbus bersama gula dan dijadikan sirap.



Bakawali merupakan bunga yang mudah didapati tetapi orang tua-tua tidak suka ia ditanam di halaman, takut mendatangkan nasib malang. Walau apapun pandangan orang, bunga ini amat baik untuk pengubatan mata iaitu mencerahkan penglihatan.




Itulah mengenai beberapa spesis bunga dan setiap satunya ada kelemahan dan kelebihannya sepertimana manusia juga.


2 comments:

suka suka said...

barulah tahu nama bunga purple tu TYT!

pt ส่าหรีสี said...

Sy pun baru tahu nama bunga tu TYT