Monday, 17 February 2014

TONGKENG: BUNGA YANG DILUPAKAN

Bunga tongkeng tidak pernah dipedulikan. Mungkin kerana ia tidak menarik atau jarang didapati. Orang jarang memberi perhatian, pokoknya menjalar liar dan menyebabkan halaman jadi tidak keruan.


Selalunya pokok tongkeng menjalar membelit di pokok yang lain dan bunganya akan keluar di mana-mana sahaja sepanjang jalaran pokoknya.


Bunga ini akan menjadi kuning dan beberapa hari ia gugur begitu sahaja jika tidak dipetik dan dimanfaatkan.


Biasanya bunga tongkeng dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan sesudah dicelur dengan air panas supaya aia lembut.


 Kadang-kadang sesudah dicelur dengan air panas, boleh juga dibuat kerabu dengan beberapa bahan yang lain dan ia sedap daan lazat.


 Jika bernasib baik, bunganya akan menjadi buah. Bijinya boleh digunakan untuk percambahan.

2 comments:

sud@is said...

Salam singgah
Bunga tongkeng..nama lain apa ya...

pt ส่าหรีสี said...

Saya pun tak pernah tahu tentang bunga tongkeng ni