Tuesday, 29 June 2010

KOLEKSI ANGGERIK DESA 2

Koleksi anggerik dari kampung. Anggerik ini di pelihara secara sambilan dan kurang diberi perhatian oleh pemiliknya. Namun bila ia berbunga, ia tetap menjadi fokus pemerhatian setiap orang yang datang. Koleksi ini dirakam di asrama sebuah sekolah menengah di utara tanahair.











BUNGA TONGKENG

Bunga tongkeng hanyalah untuk hiasan. Setakat ini belum ada penemuan dari segi perubatan tradisional kecuali aromanya digunakan dalam penyediaan haruman dan semburan berbau wangi.



Pokok tongkeng adalah tumbuhan yang hidup menjalar.




Bunga yang dihasilkan adalah kecil sahaja.











Monday, 28 June 2010

BUNGA BONGOR

Bongor adalah pokok hiasan taman yang tidak sesuai ditanam di kawasan rumah. Pokok jenis berbanir ini akan merosakkan halamanh apabila ia semakin membesar dengan akarnya yang semakin berkembang.





(Bunga bongor yang belum kembang)






(Buah bongor yang sudah masak)













Saturday, 26 June 2010

KOLEKSI ANGGERIK DESA 2

Koleksi anggerik yang biasa dan murah harganya di pasaran.















Friday, 25 June 2010

ALAMANDA MERAH

Kali ini bunga alamanda menjadi pilihan. Alamanda kali ini berwarna merah. Biasanya pokok alamanda ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan dan kebanyakannya dijadikan pagar pemisah dengan ditanam rapat-rapat.

Ada juga bunga alamanda yang berwarna kuning.














Wednesday, 23 June 2010

KEINDAHAN BUNGA DAISY

Keindahan bunga daisy. Selalu digunakan dalam upacara-upacara tertentu sebagai salah satu bahan dalam seni gubahan bunga.















Tuesday, 22 June 2010

TASIK DARULAMAN

Kali ini dipaparkan pemandangan di Tasik Darulaman berhampiran dengan bandar Jitra, Kedah. Sekitar tasik ini menjadi tumpuan ramai terutama pada waktu petang ketika orang ramai telah pulang dari berkerja sepanjang hari.

Pada hari-hari cuti pula, kesesakan di sekitar tasik ini bermula pada waktu paghi dengan ramai orang berjoging dan bersiar-siar sambil meregangkan badan yang letih seminggu menghadap pejabat dan lain-lain.




Di sini memang kawasan berehat dengan pelbagai kemudahan bersantai di tengah tasik seperti sampan, kayak, pelampung, angsa dan lain-lain yang boleh disewa dari pengusaha yang berada di sekitar tasik dengan kadar yang berpatutan.




Ini adalah kawasan gerai makanan yang menyajikanberbagai jenis makanan negeri Kedah yang boleh dibeli dan dipesan dengan harga yang berpatutan juga.





Kelihatan orang ramai menggunakan kemudahan yang disewakan.


Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau yang menambahkan keindahanpanorama Tasik Darulaman ini.



Di sekeliling tasik ini disediakan 'track' berjoging yang menarik dan sering digunakan sepanjang masa dari pagi hingga senja. Kebetulan terdapat beberapa pusat pengajian tinggi di sekitarnya, Tasik Darulaman tetap meriah pada waktu malam.



Sekali-sekala datang ke Kedah, berkunjunglah ke tasik yang damai ini. Berhamapiran dengan tasik ini terdapat beberapa tempat penginapan yang selesa termasuk hotel, hotel bajet dan juga homestay.




BUNGA MAWAR

Kali ini kita nikmati pula keindahan bunga mawar. Ada kalanya bunga mawar dipanggil 'bunga ros'. Dan kerana nama itu warna seperti ini dipanggil warna ros atau merah muda. Dan yang penting baunya sangat harum. Kelopak bunganya sesuai dimakan oleh wanita sedang mengandung bagi membantu kelicinan kulit bayi apabila dilahirkan.