Tuesday, 22 June 2010

TASIK DARULAMAN

Kali ini dipaparkan pemandangan di Tasik Darulaman berhampiran dengan bandar Jitra, Kedah. Sekitar tasik ini menjadi tumpuan ramai terutama pada waktu petang ketika orang ramai telah pulang dari berkerja sepanjang hari.

Pada hari-hari cuti pula, kesesakan di sekitar tasik ini bermula pada waktu paghi dengan ramai orang berjoging dan bersiar-siar sambil meregangkan badan yang letih seminggu menghadap pejabat dan lain-lain.




Di sini memang kawasan berehat dengan pelbagai kemudahan bersantai di tengah tasik seperti sampan, kayak, pelampung, angsa dan lain-lain yang boleh disewa dari pengusaha yang berada di sekitar tasik dengan kadar yang berpatutan.




Ini adalah kawasan gerai makanan yang menyajikanberbagai jenis makanan negeri Kedah yang boleh dibeli dan dipesan dengan harga yang berpatutan juga.





Kelihatan orang ramai menggunakan kemudahan yang disewakan.


Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau yang menambahkan keindahanpanorama Tasik Darulaman ini.



Di sekeliling tasik ini disediakan 'track' berjoging yang menarik dan sering digunakan sepanjang masa dari pagi hingga senja. Kebetulan terdapat beberapa pusat pengajian tinggi di sekitarnya, Tasik Darulaman tetap meriah pada waktu malam.



Sekali-sekala datang ke Kedah, berkunjunglah ke tasik yang damai ini. Berhamapiran dengan tasik ini terdapat beberapa tempat penginapan yang selesa termasuk hotel, hotel bajet dan juga homestay.




No comments: