Saturday, 10 August 2013

BUAH TIMUN TIKUS

Semasa menziarah seorang ahli keluarga pagi tadi, sempat dirakam beberapa foto untuk kenangan. Foto yang hendak dikongsi ini adalah mengenai Buah Timun Tikus. Ia seperti timun biasa tetapi saiznya kecil, lalu diberi nama begitu. Ia kecil dan bulat seperti tikus.





Warnanya hijau seperti biasa tetapi akan bertukar merah apabila telah masak ranum.

Biasanya timun ini dijadikan ulam untuk dimakan bersama sambal belacan. Ia amat berkhasiat bagi menyejukkan badan. Ada juga orang memasaknya bersama sebagai bahan asam pedas.

090813

1 comment:

pt ส่าหรีสี said...

Saya suka sgt timun ni buat ulam
tapi yang masih muda, lembut dan
rangup. Kalau dah merah tu dah tak
sedap buat ulam.