Sunday 11 August 2013

YANG MANA NAMPAK CANTIK ?



 Suatu petang baru-baru ini, sempat merakam beberapa foto bunga-bunga yang baru berkembang di halaman. Selepas menyiram, nampak cantik pula dari jauh. Lalu aku rakamkan untuki tatapan teman-teman. Yang mana nampak lebih cantik dan berseri?




Mawar ini adalah mawar dari Thailand yang pernah di beli di Padang Besart beberapa tahun lalu.


 Ini adalah mawar biasa yang terdapat di kampung-kampung. Jenis ini akan tumbuh liar di kawasan sejitar rumah.
 Anggerik spesis ini telah lama terbiar dan hampir mati. Tetapi apabila diletakkan di tempat terlindung kerana pokoknya hampir mati, ia tumbuh segar kembali dan berbunga pula.


Inilah anggerik desa yang paling mudah dan paling ramah tumbuh dan berbunga. Ada berbagai warna dan bentuk.



Spesis ini dan yang di bawah tidak digemari orang sangat sebab pokoknya kecil dan kurus. Inilah hasilnya.


Yang mana kelihatan lebih cantik?

110813

1 comment:

pt ส่าหรีสี said...

Selalunya perempuan pasti suka bunga dan suka tanam bunga tapi saya ni lain sikit. Saya suka ambik gambar bunga je, tak suka tanam bunga, semua bunga itu cantik..