Alamanda selalunya tidak dipedulikan kecuali dijadikan pokok hiasan di tepi-tepi pagar. Ia merupakan pokok pagar yang tumuh liar dan payah menjaganya.
Jika dibiarkan, ia boleh meliar dan jika tidak dijaga dengan baik, ia melingkar ke merata tempat.
Kita harus rajin memangkas dan menjaga pertumbuhannya dan ranting-rantingnya debersihkan selalu dari tunas yang tidak perlu.
Penggunaan tali amat penting dalam penjagaan alamanda untuk mengikat ranting-rantingnya supaya tidak meliar ke merata tempat.
Bunganya selalu tidak tahan lama. Ia berupaya kembang dalam sehari dua, kemudian akan layu dan gugur mencemarkan halaman dengan sampahnya.
Terdapat berberapa spesis warna bunga alamanda ini. Paling populer ditanam adalah alamanda kuning. Selain itu terdapat juga yang berbunga putih, oren, biru dan putih.
Itulah serba sedikit tentang pokok alamanda penghias halaman ini.
05 Ogos 2013
2 comments:
As salam. Masih ada lg ke pokok ni? Cantik warna, kalo ada saya nk beli keratannya. Email saya aiza77@yahoo.com. Tq
salam,
Kalau masih ada lagi, saya pun berminat nak beli keratannya. Email saya noriza66@yahoo.com
Tkasih
Post a Comment