Wednesday 14 August 2013

ANGGUR DI HALAMAN

Anggur, semua orang kenal anggur. Ada angur hitam, ada anggur merah dan ada juga anggur hijau. Saya juga menanam anggur tetapi anggur hijau. Buahnya kecil dan rasanya masam.




Maam-macam cara nak maniskan anggur itu tetapi semuanya gagal. Ia tetap masam. Ada orang pesan, tabur gula di pangkal pokoknya, itupun tidak berjaya memaniskan anggur ini.


Memang ia keturunan masam agaknya. Tapi tak kisahlah, saya bukannya gemar memakan anggur. Cuma kesian pada anak dan cucu. Mereka suka angur. Akhirnya ia menjadi makanan burung-burung sahaja.


Itulah anggur di rumah saya.

3 comments:

pt ส่าหรีสี said...

Anggurnya segar-segar.
Rezeki untuk burung-burung pun sama ganjarannya.
Saya suka anggur tapi tak boleh makan banyak sebab saya ni ada asma. Cukup sekadar 2-3 biji.

Diah Rothman said...

Wah.... rumah d mana boleh kDee jengok dan intai2

smRose said...

Salam kenal,

Sy ada belajar cara nak bg buah anggur jd manis.